SINGAPURA – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dijangka berlepas ke Lapangan Terbang Changi, Singapura esok menjelang sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kata sumber yang terlibat dalam perancangan lawatan itu semalam.
Gambar pesawat ketenteraan AS di pangkalan udara Paya Lebar berhampiran, termasuk helikopter berbumbung putih yang biasa digunakan untuk membawa pegawai tinggi AS telah disiarkan dalam akhbar semalam.
Perbincangan antara dua pemimpin tersebut pada 12 Jun ini dijangka bertumpu kepada usaha menamatkan program senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara sebagai tukaran terhadap insentif diplomatik dan ekonomi.
Lapangan Terbang Changi memanjangkan pertanyaan agensi berita Reuters kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura.
Bagaimanapun, pihak berkuasa penerbangan itu masih belum memberikan sebarang maklum balas.
Kedua-dua delegasi itu tidak mendedahkan rancangan perjalanan mereka kepada umum. – Reuters











