Tentera Myanmar, kerajaan runding krisis Rohingya - Utusan Malaysia

Tentera Myanmar, kerajaan runding krisis Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON 8 Jun – Tentera Myanmar dan kepimpinan awam mengadakan pertemuan keselamatan negara yang jarang diadakan, hari ini sekali gus membincangkan siasatan dalaman terhadap krisis Rohingya di negeri Rakhine, lapor Pejabat Presiden.

Pertemuan tersebut yang merupakan kali ketiga diadakan sejak pemerintahan Aung San Suu Kyi mengambil alih pada 2016, menyusuli perjanjian untuk membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memasuki Rakhine bagi menilai waktu yang sesuai untuk pelarian kembali ke tanah air sendiri.

Menurut satu status yang dimuat naik di Facebook oleh pejabat Presiden Win Myint berkata, Suu Kyi dan Panglima Besar Min Aung Hlaing adalah antara 15 yang hadir dalam pertemuan hari ini di Naypidaw berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertemuan tersebut merangkumi isu keselamatan negara dan hubungan antarabangsa termasuk krisis di negeri Rakhine selain pembentukan jawatankuasa siasatan di negeri itu.

Sebanyak 700,000 minoriti masyarakat Muslim melarikan diri melepasi sempadan ke Bangladesh selepas pihak tentera melancarkan penindasan kejam ke atas mereka pada Ogos lalu dan disifatkan sebagai ‘pembersihan etnik’ oleh PBB. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini