Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang sudah wujud - Utusan Malaysia

Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang sudah wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 8 Jun – Jabatan Peguam Negara sudah mempunyai Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang untuk menangani apa-apa perkara dan isu berkaitan dengan undang-undang

jabatan peguam negara
 

Syariah yang berbangkit di peringkat Persekutuan dan antarabangsa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini jabatan itu memaklumkan, pihaknya mempunyai Majlis Pakar (Pelbagai Disiplin) yang dianggotai oleh seorang pakar dalam hal-ehwal undang-undang Syariah iaitu Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan struktur organisasi Jabatan Peguam Negara, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang adalah diletakkan di bawah

penyeliaan Peguam Cara Negara,” kata kenyataan itu di sini.

Reaksi tersebut sebagai mengambil maklum bahawa terdapat saranan supaya Peguam Negara melantik seorang pegawai daripada Jabatan Peguam Negara, khusus bagi menyelia perkara dan isu-isu berhubung undang-undang Syariah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini