MAIPs edar bubur lambuk sambil promosi zakat dan wakaf - Utusan Malaysia

MAIPs edar bubur lambuk sambil promosi zakat dan wakaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 8 Jun – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengambil langkah kreatif apabila mengedarkan bubur lambuk sambil mempromosikan zakat dan wakaf kepada orang ramai di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini semalam.

Pada majlis tersebut, kira-kira 1,000 pek bubur lambuk yang diselitkan dengan iklan promosi zakat dan wakaf diagihkan kepada orang ramai di laluan-laluan utama di bandar ini yang bertujuan

meningkatkan kesedaran masyarakat kepada kewajipan zakat dan wakaf.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs telah berkenan melancarkan program menyediakan bubur lambuk berkenaan.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd. Noor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini