Polis Selangor tumpu 63 'blackspot' sepanjang Op Selamat - Utusan Malaysia

Polis Selangor tumpu 63 ‘blackspot’ sepanjang Op Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis Selangor akan memberi tumpuan kepada  63 ‘blackspot’ yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlakunya kemalangan dalam Op Selamat Aidilfitri tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, antara lokasi terlibat ialah lebuh raya DUKE, MEX, Guthrie, NKVE dan Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor.

“Kita kategorikan beberapa lokasi itu sebagai ‘blackspot’  kerana kebanyakan kes kemalangan berlaku di situ, sebab itu kita beri tumpuan dan pemantauan yang lebih di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di Selangor sahaja, kita mempunyai 16 daerah dan kita tidak mempunyai keupayaan untuk menjaga semua kawasan atau lokasi dalam setiap daerah ini bagi mengekang kes-kes kemalangan jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan operasi Op Selamat peringkat negeri Selangor di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Jabatan Operasi Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti, Asisten Komisioner Razimi Ahmad. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini