Zambry sudah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar - Utusan Malaysia

Zambry sudah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir telah keluar daripada kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Dihilir di sini.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Uzumu bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti tarikh sebenar Zambry meninggalkan kediaman rasmi itu.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima, Datuk Seri Zambry telah keluar dari kediaman tersebut dengan sepenuhnya. Cuma, saya belum berpindah ke kediaman itu kerana ada beberapa perkara yang belum selesai terutama melibatkan sistem perpaipan yang perlu dibaiki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, apa yang ditularkan di media sosial kata beliau (Zambry) masih tidak keluar itu tidak tepat,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan sebanyak lebih RM3.5 juta untuk Tabung Harapan Malaysia (THM) daripada beberapa syarikat dan usahawan dari negeri ini di Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Ahmad Faizal mengulas kenyataan yang dikeluarkan seorang pengguna laman sosial Facebook menggunakan nama Mariam Mokhtar Admrl-Gen yang mempertikaikan tindakan Zambry yang masih belum mengosongkan kediaman berkenaan selepas tidak lagi bergelar Menteri Besar.

Individu berkenaan juga turut memuat naik kenyataannya melalui laman youtube yang berdurasi selama kira-kira tiga minit mempertikaikan tindakan Zambry yang masih mendiami kediaman rasmi berkenaan selain mendakwa tempoh sehari memadai untuk memindahkan semua barangan peribadi yang ada.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut berharap perkara tersebut tidak dipanjangkan berikutan ia tidak sihat untuk pembinaan negara.

“Kita tidak mengamalkan demokrasi seperti di negara-negara barat apabila kita di sini tidak terlalu menekan.

“Saya tidak pasti orang lain, namun pentadbiran pada hari ini, kita tidak paksa keluar. Peralihan kuasa berjalan dengan begitu baik. Saya tidak menghadapi sebarang masalah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini