USIM sambut baik kebebasan anjur program ilmiah - Utusan Malaysia

USIM sambut baik kebebasan anjur program ilmiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Jun – Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) menyambut baik kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang membenarkan universiti menjalankan program ilmiah tanpa sebarang sekatan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan

Ujar Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, beliau mengakui sebelum ini Kementerian Pendidikan memang ada mengenakan beberapa sekatan kepada pihak universiti.

“Sehubungan itu, tidak semua program ilmiah sama ada berbentuk syarahan, forum, wacana, ceramah mahupun debat khususnya yang dianjurkan oleh mahasiswa boleh dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Hassan Basri lagi, masyarakat harus sedar bahawa di universiti terdapat dua golongan utama yang membentuk universiti iaitu golongan mahasiswa dan juga pensyarah.

“Mahasiswa merupakan pemimpin negara pada masa hadapan kerana mereka merupakan sebahagian masyarakat yang akan berada di barisan hadapan untuk membentuk kepimpinan negara.

“Jadi perkara ini bermaksud mereka perlulah dilatih supaya mampu berhujah dengan fakta yang betul dan mencari sebanyak mungkin maklumat untuk dikongsi bersama masyarakat sama ada di dalam kampus dan juga masyarakat luar,” katanya.

Akui Hassan Basri, memang selama ini mereka dikekang oleh peraturan yang dibuat oleh universiti kerana universiti perlu mematuhi arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

“Bagi sesetengah keadaan, mahasiswa yang tidak sealiran dengan aspirasi Kerajaan dan lantang menyuarakan pandangan, pergerakan mereka sentiasa diperhati dan diikuti secara dekat.

“Oleh itu, kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini sesungguhnya memberikan sinar dan cahaya kepada mahasiswa agar dapat terus mengasah bakat mereka di universiti tanpa terkongkong lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini