KUALA LUMPUR 8 Jun – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Etika Sdn. Bhd. memperkenalkan dua perisa minuman baharu Mirinda Mix-It untuk disajikan kepada para tetamu.
![]() |
|
|
Mirinda Mix-It menampilkan dua perisa buah-buahan yang digabungkan dalam satu botol iaitu Laici dan Strawberi serta Epal dan Kiwi.
Naib Presiden Marketing Etika Sdn. Bhd., T.S. Santharuban berkata, peminat minuman berkarbonat tidak perlu bimbang kerana kedua-dua produk tersebut memiliki sijil Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL).
“Ini bermakna orang ramai boleh menikmati minuman Mirinda Mix-It yang segar dan kurang gula.
“Rasa dua minuman ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu pada pagi hari raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, pengguna juga boleh menyertai pertandingan Ceriakan Raya Bersama Mirinda Mix-It dan memenangi hadiah bernilai RM19,500.
Pengguna hanya perlu membeli dua botol minuman tersebut bersaiz 1.5 liter dalam satu resit dan menjawab soalan mudah diberikan.
Jawapan boleh dihantar ke aplikasi WhatsApp di nombor 012-2318300 berserta nama dan nombor MyKad selain gambar resit pembelian Mirinda Mix-It sebelum 28 Jun ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh layari http://www.etikaholdings.com/contest-and-promotions.










