Hishammuddin umum tidak bertanding pada pemilihan UMNO - Utusan Malaysia

Hishammuddin umum tidak bertanding pada pemilihan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan tidak akan bertanding dalam pemilihan UMNO 30 Jun ini.

Hishammuddin yang juga menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata, beliau sebaliknya akan bekerja dengan lebih keras untuk membantu membangunkan semula UMNO bermula dari Johor.

“Saya dapati ramai yang menawarkan diri untuk bertanding demi membawa UMNO ke hadapan dan saya percaya mereka harus diberikan peluang untuk memimpin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding bagi apa-apa jawatan di peringkat pusat bagi sesi pemilihan kali ini.

“Sebaliknya saya akan bekerja dengan lebih keras untuk membantu membangunkan semula UMNO bermula dari Johor,” katanya pada sidang melalui satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya sebantar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini