Penerima bantuan perlu menghargainya- Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Penerima bantuan perlu menghargainya- Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 8 Jun – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan para penerima bantuan terdiri daripada golongan anak-anak asnaf khususnya pada bulan Ramadan ini supaya menghargai sumbangan yang disampaikan oleh mana-mana pihak.

Dalam masa sama baginda juga mengingatkan mereka supaya tidak alpa dan hanya menunggu bantuan semata-mata sebaliknya perlu mempunyai kesedaran untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik terutama sekali melalui pencapaian akademik.

Titah baginda, hal demikian kerana, pada masa hadapan anak-anak tersebut pula yang akan berperanan sebagai
penyumbang dan tidak hanya kekal sebagai penerima.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ingatlah, sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka merubah nasib mereka sendiri,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan merasmikan Program Inspirasi Ramadan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim)
di Dewan 2020 di sini malam tadi.

Berangkat sama pada majlis tersebut ialah,  Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (Yapeim), Tan Sri Othman Mustapa dan Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail.

Hadir sama pada program tahunan anjuran Yapeim dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri itu ialah
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan.

Terdahulu, dalam ucapan, Othman memaklumkan pada tahun ini, 
seramai 800 pelajar sekolah rendah dan 100 pelajar sekolah menengah daripada kalangan anak yatim dan golongan miskin terpilih di seluruh negeri ini akan menerima bantuan wang tunai dan peralatan sekolah.

Katanya, para penerima akan menerima wang tunai RM100 dan RM20 dalam
bentuk peralatan sekolah yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM120,000.- UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini