BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 8 JUN 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 8 JUN 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG amat mengharapkan para pemandu yang akan pulang ke kampung halaman pada musim perayaan ini dapat mengha­yati kempen Pandu Cermat Sampai Selamat. Memandulah secara berhemah supaya tiba di destinasi untuk berhari raya bersama keluar­ga, saudara mara dan rakan-rakan.

Jangan biarkan sambutan hari raya dalam keadaan suram di­sebabkan kematian atau kecederaan anggota keluarga akibat kemalangan. Buang sikap tidak sabar di jalan raya. Patuhilah had laju yang ditetapkan dan hormati pemandu lain.

Hargailah usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan melalui Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu yang bermula hari ini. Pelbagai kempen dan peringatan dibuat tetapi kejayaan terletak kepada sikap pemanduan. Justeru, patuhilah arahan yang dikeluarkan termasuk cadangan perjalanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semua pihak juga perlu menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan di jalan raya bagi memastikan pergerakan kenderaan berjalan lancar. Kenderaan berat juga perlu menghentikan operasi mereka pada dua hari sebelum dan selepas hari raya.

Awang juga menyambut baik langkah tegas terhadap pemandu dan pengusaha syarikat bas ekspres yang akan bero­perasi pada musim perayaan ini. Memang lebih ba­nyak bas diperlukan tetapi keselamatan penumpang tidak boleh diabaikan. Tidak ada kompromi bagi pemandu yang memiliki saman, bas tidak di­selenggara dan pemandu terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

 

AWANG – Pilih waktu perjalanan sesuai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini