Pengetua SMK Proton City maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pengetua SMK Proton City maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 7 Jun – Seorang pengetua sekolah menengah maut setelah kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan pasir di Kilometer 84, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini petang tadi.

Nahas pada pukul 3.20 petang itu mengorbankan Mohammad Abdul Aziz Mohd. Salleh, 56, yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City itu dalam perjalanan dari arah Slim River ke Sungkai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori dipandu lelaki berusia 34 tahun.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tersepit dalam kenderaan dan mayatnya berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba kira-kira pukul 6 petang.

“Mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak cedera. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini