Polis selamatkan kanak-kanak dilarikan, lelaki Nepal diberkas - Utusan Malaysia

Polis selamatkan kanak-kanak dilarikan, lelaki Nepal diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang dilapor dilarikan dari rumah neneknya di Kampung Parit Lunjut, Sungai Terap, Bukit Pasir dekat Muar pagi tadi susulan penahanan seorang lelaki warga Nepal.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh keluarga kanak-kanak berkenaan.

“Hasil soal siasat ke atas suspek, pihak polis berjaya menemui mangsa di dalam belukar lebih kurang satu kilometer dari rumah pengadu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa kemudiannya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Zaharudin berkata, pihaknya masih menyiasat lanjut mengenai kejadian tersebut.

Dalam kejadian itu, Nur Aisyah Hasmizan, 17 bulan, disedari hilang kira-kira 5 pagi tadi ketika kedua ibu bapanya, Hasmizan Othman, 35, dan Siti Noorfadila Yusofe, 30, bangun untuk bersahur.

Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 3 hingga 5 pagi ketika kesemua anggota keluarga mangsa  sedang tidur di kediaman berkenaan.

Nur Aisyah merupakan anak bongsu daripada empat beradik. – Bernama    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini