Jepun berharap Dasar Pandang Ke Timur dipulihkan - Utusan Malaysia

Jepun berharap Dasar Pandang Ke Timur dipulihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jepun berharapkan kepada pemulihan dasar Pandang Ke Timur oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa berkata, dasar itu meluas kerana ia bukan sahaja mencakupi kerjasama dalam perindustrian tetapi juga pendidikan dan keselamatan.

“Kami amat mengharapkannya. Kami amat berbesar hati menerima kedatangan Dr. Mahathir di Tokyo minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin di Ilham Tower di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apabila ditanya tentang agenda Mahathir di Jepun nanti, Miyagawa berkata, tidak ada sebarang perkara khusus setakat ini.

“Saya rasa kedua-dua perdana menteri akan membincangkan perkara-perkara umum mengenai kerjasama baharu. Kami menantikan lawatan pertama perdana menteri anda ke luar negara,” katanya.

Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan oleh Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri keempat pada era 1980-an dan selepas kembali menjadi perdana menteri, beliau menyatakan mahu menghidupkan semula dasar itu.

Perdana menteri akan berangkat ke Jepun pada Ahad ini yang mana beliau dijadualkan berucap pada Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia di Jepun, yang diadakan pada 11 dan 12 Jun ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini