Yusri Che Lah seru Kelantan teruskan kebangkitan - Utusan Malaysia

Yusri Che Lah seru Kelantan teruskan kebangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Bangkit dengan kemenangan daripada prestasi buruk empat kekalahan berturut-turut, pemangku jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mahu pemain The Red Warriors (TRW) menggandakan usaha apabila sekali lagi bertemu Kedah pada aksi timbal balik Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam esok.

Yusri berkata, walaupun pada perlawanan Selasa lalu di halaman sama, keputusan lebih memihak kepada pasukannya, pemain tidak boleh turun dalam keadaan selesa atas kemenangan itu.

“Pemain perlu lebih memberikan tumpuan malam esok dengan menyempurnakan perancangan dan taktikal yang telah dirancangkan, mungkin pasukan lawan akan bermain dengan perancangan dan taktikal berlainan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada perlawanan Selasa lepas, TRW berjaya memperolehi kemenangan pertama di tempat lawan musim ini apabila menewaskan Kedah 2-1.

Yusri berkata, dalam kedudukan tercorot, memperolehi mata daripada setiap lapan lagi baki perlawanan amatlah penting untuk Kelantan memberikan saingan kepada pasukan lain, seterusnya mengelakkan daripada tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini