Aksi Rusia belum meyakinkan - Utusan Malaysia

Aksi Rusia belum meyakinkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 6 Jun – Tuan rumah Piala Dunia 2018, Rusia yang kini menduduki ranking ke-66 dunia harus berasa cemas apabila masih gagal mencipta kemenangan dalam tujuh perlawanan persahabatan berturut-turut apabila diikat 1-1 oleh Turki dalam perlawanan persiapan mereka awal pagi ini.

Menjelang sembilan hari sebelum bermulanya kejohanan terbesar di dunia itu, keputusan tersebut dianggap satu tamparan hebat buat skuad bimbingan Stanislav Cherchesov yang kali terakhir mencatat kemenangan adalah pada Oktober tahun lalu ketika bertemu Korea Selatan.

Namun, ini kali pertama mereka berjaya mengelak daripada kalah pada tahun ini selepas tumpas kepada Brazil, Perancis dan Austria dalam perlawanan persahabatan sebelumnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rusia lebih dahulu membuka jaringan menerusi Alexander Samedov yang membuat tindakan bijak apabila melambungkan bola untuk memperdayakan penjaga gol Serkan Kirintili pada minit ke-36.

Walau bagaimanapun pemain gantian Turki, Yunus Malli meledakkan sepakan kencang dari jarak 25 meter untuk menewaskan penjaga gol Rusia, Igor Akinfeev dan menyamakan kedudukan pada minit ke-60.

Rusia bernasib baik apabila Malli yang sekali lagi mendapat peluang terbaik pada minit ke-79 namun sepakannya sedikit melepasi palang gol. Turki tidak layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2018.

Namun Rusia yang akan membuka kempen mereka dalam Kumpulan A menentang Arab Saudi pada 14 Jun ini masih gagal memperbaiki kelemahan terutama dalam mencipta gerakan dari tengah ke bahagian serangan.

Turut berada dalam Kumpulan A adalah Uruguay dan Mesir. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini