Iklan raya TNB gamit kenangan - Utusan Malaysia

Iklan raya TNB gamit kenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melancarkan iklan raya yang akan menambat hati penonton sempena Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi.

ROSLAN
ROSLAN

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman (gambar kecil) berkata, iklan-iklan seperti ini merupakan sebahagian daripada tradisi TNB untuk menyampaikan mesej bermakna bagi menyambut pelbagai pe­rayaan agama dan budaya sepanjang tahun.

“Iklan tersebut memaparkan unsur-unsur positif seperti to­leransi dan kebersamaan yang masih relevan walaupun terdapat perubahan gaya hidup masyarakat masa kini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sama seperti iklan perayaan sebelum ini, antara mesej yang di­sampaikan menitikbe­ratkan kepentingan tole­ransi, perpaduan, hormat menghormati serta kesabaran,” katanya selepas majlis berlangsung di Bangunan Art Printing Works, Bangsar, di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini