KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mempertimbangkan untuk bertanding pada pemilihan parti pada 30 Jun ini.
![]() |
|
Hishammuddin
|
Tanpa menyebut jawatan yang akan dipertandingkan, beliau berkata, pihaknya bersedia untuk memberi sumbangan kepada UMNO dalam pelbagai aspek selaras dengan amanah yang diberikan.
“Apa yang penting semua pihak perlu berpegang kepada prinsip perjuangan parti tanpa ada sebarang unsur bagi melemahkan UMNO.
“Ini sesuatu yang tengah saya fikirkan sedalam-dalamnya dan mendengar pendapat daripada rakan-rakan di peringkat akar umbi. Saya akan buat keputusan dan tidak akan lari daripada amanah yang diberikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.












