Los Ticos mahu ulangi pencapaian 2014 - Utusan Malaysia

Los Ticos mahu ulangi pencapaian 2014

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COSTA Rica pastinya mahu mengulangi pencapaian empat tahun lalu pada pusingan akhir Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Rusia bermula 14 Jun ini.

Apa tidaknya, skuad yang terkenal dengan jolokan Los Ticos itu melakar kejutan pada Piala Dunia 2014 apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir sebelum tewas 3-4 kepada Belanda menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada edisi kali ini, skuad kendalian Oscar Ramirez itu tekad untuk mengulangi aksi sama selepas melayakkan diri ke pusingan akhir selaku naib juara kumpulan saingan kelayakan zon Amerika Tengah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Diundi dalam Kumpulan E bersama juara lima kali, Brazil serta pasukan yang berada di ran­king keenam dunia, Switzerland pasti­nya memberikan kesukaran buat Costa Rica, namun tidak boleh dipandang rendah.

Dibarisi rata-rata pemain berusia lingkungan 29 tahun, mereka dianggap sebagai antara pasukan paling berpengalaman selain mengenali satu sama lain serta sudah beraksi bersama sejak lapan tahun lalu.

Walaupun tidak dilimpahi dengan pemain-pemain bintang, namun Costa Rica pastinya akan meletakkan sandaran terhadap penjaga gol, Keylor Navas serta kap­ten, Bryan Ruiz yang memiliki pe­ngalaman luas dalam pentas ter­tinggi.

Ruiz berharap mereka mampu melangkah sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir biarpun me­ngakui saingan kali ini lebih sukar berbanding empat tahun lalu, lebih-lebih lagi diletakkan harapan terlalu tinggi.

“Saingan Piala Dunia kali ini lebih sukar sekiranya dibandingkan de­ngan edisi 2014 kerana empat tahun lalu kami turun sebagai pasukan underdog tetapi sekarang ramai yang letak harapan tinggi.

“Walau apa yang berlaku, kami akan cuba untuk tampilkan aksi terbaik serta ulangi pencapaian kami di Brazil empat tahun lalu. Saya harap kami boleh layak sekurang-kurang­nya ke peringkat suku akhir,” kata Ruiz.

Costa Rica akan memulakan kempen Kumpulan E di Rusia dengan menentang Serbia sebelum bertemu juara lima kali, Brazil serta Switzerland.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini