UMNO Pahang umum empat calon tanding Naib Presiden, MT - Utusan Malaysia

UMNO Pahang umum empat calon tanding Naib Presiden, MT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon bagi merebut jawatan Naib Presiden parti itu pada 30 Jun nanti.

Adnan yang juga bekas Menteri Besar Pahang berkata, bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT), UMNO negeri itu mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin; Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan Ahli Parlimen Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamed.

Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan beliau sendiri tidak bertanding untuk apa-apa jawatan dalam pemilihan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita hanya nak bantu parti dalam keadaan sekarang ini.Itu yang lebih penting. Semua yang bertanding tahu jika mereka dapat jawatan pun mereka tidak akan jadi menteri,” katanya kepada pemberita dalam sidang satu akhbar khas, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini