Ambil tindakan terhadap pihak hina Agong - Utusan Malaysia

Ambil tindakan terhadap pihak hina Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 6 Jun – Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia digesa supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pengguna media sosial yang tidak menghormati peranan Yang di-Pertuan Agong berikutan isu pelantikan peguam negara baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kebebasan bersuara melalui pelbagai medium dan platform yang perlulah dipraktikan secara berhemah.

“Perkara itu bersesuaian dengan salah satu prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi amalan kita bersama selama ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai rakyat yang menyatakan taat dan setia kepada raja dan negara, kita perlu yakin dengan kebijaksanaan baginda dan Majlis Raja-Raja dalam seiap proses serta keputusan melibatkan kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini, segelintir pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati mereka seolah-olah mengkritik peranan Yang di-Pertuan Agong kerana mencampuri urusan berkenaan.

Melalui komen-komen di media sosial, para penyokong terbabit meluahkan rasa tidak puas hati mereka seolah-oleh mengkritik peranan Yang di-Pertuan Agong kerana dikatakan mencampuri urusan berkaitan pelantikan peguam negara.

Keadaan itu menimbulkan polemik dalam kalangan netizen dengan ada dalam kalangan mereka menganggap sebahagian daripada kritikan dilemparkan itu bersifat melampau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini