KUALA LUMPUR 6 Jun – Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan yang Kabinet hari ini telah menerima tawaran Tan Sri Muhammad Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai gabenor bank tersebut.
Muhammad Ibrahim
Dalam satu kenyataan, Bank Pusat itu berkata, pengumuman mengenai gabenor baharu akan dibuat atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Memuatkan artikel berkaitan…
BNM berkata, ia akan memastikan peralihan bagi penyerahan tugas kepada gabenor baharu berjalan dengan lancar.
Menurutnya, Muhammad juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas penghormatan dan peluang untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat Malaysia. – BERNAMA











