APMM tahan lima bot nelayan Vietnam disyaki ceroboh perairan Terengganu - Utusan Malaysia

APMM tahan lima bot nelayan Vietnam disyaki ceroboh perairan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan lima buah bot nelayan asing warga Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara pada jarak antara 50 hingga 70 batu nautika dari muara Kuala Terengganu semalam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Rahim Ramli berkata, sewaktu serbuan kesemua nelayan warga asing itu sedang leka menangkap ikan menggunakan pukat tunda ganding sebelum bot mereka ditahan oleh kapal APMM di antara pukul 6 hingga 9 pagi.

Menurutnya, operasi itu dijalankan hasil laporan diterima daripada nelayan warga tempatan mengenai pergerakan mencurigakan bot-bot berkenaan yang mengganggu aktiviti mencandat sotong di perairan negara. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan pemeriksaan dilakukan, kita dapati kesemua bot itu memalsukan dokumen dengan menggunakan nombor pendaftaran Malaysia bagi mengaburi mata pihak berkuasa. 

“Kita anggarkan keseluruhan jumlah rampasan bernilai RM5 juta termasuk tangkapan hasil laut seberat 11 tan, minyak diesel serta peralatan menangkap ikan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat APMM Terengganu di sini hari ini. 

Menurut Rahim, seramai 55 awak-awak warga Vietnam termasuk tekong berusia lingkungan 15 hingga 55 tahun turut ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini