NGO gembira Raja Muda Selangor berkenan jadi Presiden FAS - Utusan Malaysia

NGO gembira Raja Muda Selangor berkenan jadi Presiden FAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 6 Jun – Badan Bertindak Penyokong Selangor (BBPS) menyambut baik persetujuan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah untuk menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi menggantikan Datuk Seri Subahan Kamal.

Wakil BBPS, Firdaus Abdul Mutalib berkata, perkhabaran tersebut diharap dapat merungkai keresahan penyokong Selangor yang ingin melihat pasukan kesayangan mereka bermain semula di Stadium Shah Alam.

“Bagi pihak BBPS, kita menyambut dengan tangan terbuka jika Tengku Amir Shah bersedia menjadi Presiden FAS.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harapan kami, pasukan Merah Kuning yang kini bermain di Stadium Cheras kembali ke Stadium Shah Alam. Ini yang kami tunggu selama ini,” katanya kepada ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Muhd. Ali Zakariah terharu apabila mendapat tahu Tengku Amir Shah berkenan untuk dilantik menjadi Presiden FAS yang baharu.

Menurutnya, beliau berharap selepas ini pasukan Selangor tidak lagi dilanda kemelut hingga menyebabkannya menjadi mangsa.

“Kepada semua pihak, berilah sokongan kepada Raja Muda Selangor untuk membawa pasukan Gergasi Merah Kuning kembali ke persada Liga Super.

“Sudah sekian lama skuad Selangor berkelana dari Stadium Selayang ke Stadium Cheras. Harap dengan adanya kepimpinan baharu, pasukan Selangor kembali beraksi di gelanggang keramat di Stadium Shah Alam,” katanya.

Untuk rekod, isu Stadium Shah Alam sebagai stadium tuan rumah pasukan Selangor menjadi topik hangat sebelum Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) hinggakan menjadi sebahagian manifesto Barisan Nasional (BN).

Isu Stadium Shah Alam sebagai stadium tuan rumah dihangatkan lagi dengan desakan BBPS dan beberapa NGO seperti 99 Kesan, Rejim Ubah Selangor serta Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Kota Raja agar pasukan Selangor diberi kebenaran kembali bermain di Stadium Shah Alam.

Justeru, persetujuan Tengku Amir Shah untuk menjadi Presiden FAS dianggap penyelesaian kepada isu tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini