Amrin ketuai jawatankuasa tadbir urus, perolehan dan kewangan - Utusan Malaysia

Amrin ketuai jawatankuasa tadbir urus, perolehan dan kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Jun – Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang akan mengetuai Jawatankuasa Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jawatankuasa itu akan melaksanakan peranan mereka bermula dengan Kementerian Pertahanan.

“Amrin akan menggerakkan jawatankuasa ini dan ia akan dimulakan dengan Kementerian Pertahanan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, kerajaan telah menerima surat perletakan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad Ibrahim.

Katanya, kerajaan masih belum lagi berhasrat untuk mengumumkan siapa pengganti Muhammad kerana masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Kita tidak akan mengumumkan pengganti beliau hari ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini