Pemandu lori tangki maut - Utusan Malaysia

Pemandu lori tangki maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 6 Mei – Seorang pemandu  maut selepas lori tangki membawa muatan sebanyak 17,000 liter asid sulfurik terbabas masuk ke dalam longkang di kilometer  312.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur masuk Plaza Tol Kerteh, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim memberitahu,  mangsa, Mohd Anwar Abdul Malik, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Menurut beliau, kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu berlaku di laluan lurus  ketika mangsa dalam perjalanan dari Johor Baharu untuk menghantar bahan kimia tersebut di sebuah kilang memproses makanan haiwan di Kawasan Perindustrian Kerteh.

Memuatkan artikel berkaitan…

 “Setibanya di lokasi kejadian, lori yang dipandunya hilang kawalan ke sebelah kiri lebuh raya sebelum terbalik.

 “Pada masa yang sama, injap tangki yang membawa bahan kimia tersebut mengalami kerosakan menyebabkan berlaku kebocoran, dan sepasukan 16 anggota dan empat pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Opersi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 2 Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, pihaknya menerusi Unit Hazmat telah membuat takungan di dua tempat di kawasan bagi mengawal pengaliran asid sulfurik itu dan meneutralkannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini