Penyelidikan, nilai tambah Asasi Pintar UKM - Utusan Malaysia

Penyelidikan, nilai tambah Asasi Pintar UKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Jun – Penekanan dalam disiplin melibatkan penyelidikan merupakan identiti dan nilai tambah kepada Program Asasi Pintar (Asasi Pintar) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berbanding program serupa yang ditawarkan olen institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain.

Dr. Noriah Mohd. Ishak
Dr. Noriah Mohd. Ishak

Pengarah Pusat Permata Pintar Negara (Permata Pintar), Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd. Ishak berkata, pembelajaran berasaskan penyelidikan perlu dijadikan sebagai elemen wajib dalam dunia pembelajaran hari ini berbanding konsep menghafal nota semata-mata.

Beliau berkata, setiap pelajar Asasi Pintar diberi penekanan terhadap perkara berkenaan dan mereka diwajibkan untuk menghasilkan satu artikel berkaitan untuk diterbitkan agar boleh dijadikan rujukan di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan sesuatu yang amat istimewa untuk program kita di mana pelajar akan menjalankan penyelidikan tersebut selama setahun bersama dengan mentor dalam bidang yang mereka pilih,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi Pintar di Dewan Kolej Pendeta Za’ba UKM Bangi, dekat sini hari ini.

Kira-kira 300 pelajar berkenaan terdiri daripada bekas pelajar Kolej Permata Pintar dan sekolah-sekolah lain mula mendaftarkan diri hari ini bermula pukul 8.30 pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini