100 aneka juadah di Royal Chulan Seremban - Utusan Malaysia

100 aneka juadah di Royal Chulan Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebagai salah satu hotel yang sentiasa tampil dengan hidangan terbaik tidak hairan ia menjadi tumpuan ramai untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan.
Sempena Ramadan kali ini, hotel itu menyediakan lebih 100 jenis makanan Melayu dan antarabangsa di Restoran Asiatique yang menjanjikan suasana selesa.

Antara yang memikat selera ialah kambing bakar, ikan bakar, rendang pucuk ubi, daging salai masak cili padi, barbeku, ayam tandoori, roti naan, nasi beriyani dan sup gearbox.

Terdapat juga kuih-muih, sate, bubur lambuk dan ais krim yang pastinya menepati kehendak pelanggan pelbagai usia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi menambah keselesaan, pengunjung juga dapat merasai pengalaman berbuka di tepi kolam renang yang pastinya menenangkan di hotel tersebut.

Pakej bufet berbuka puasa di Royale Chulan Seremban ditawarkan pada harga RM104 untuk dewasa dan RM52 untuk kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi talian 06-766 6666 sambungan 6120/6103/6134. 
Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk beramal dengan menyumbang melalui tajaan sekeping kad kebajikan ‘ketupat’ berharga RM10 dengan sekotak kuih raya.







Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini