Mira Cake House lanjut tempoh operasi sehingga Aidilfitri - Utusan Malaysia

Mira Cake House lanjut tempoh operasi sehingga Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Jenama kek lapis terkenal Sarawak, Mira Cake House akan melanjutkan masa perniagaannya bagi membolehkan pelanggan setia mereka mendapatkan pelbagai variasi kek lapis termasuk pada malam Hari Raya kali ini.

Pengurus Mira Cake House Cawangan Kampung Boyan, Hairoll Musa berkata, tempoh masa operasi dilanjutkan sehingga pukul 12 malam berbanding dari 8 pagi hingga 10 malam sebelum ini.

Menurutnya, lanjutan tempoh operasi perniagaan itu juga melibatkan semua tujuh cawangannya termasuk satu cawangan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga giat mempromosikan kek lapis menerusi media sosial dan mengiklankannya dalam radio tempatan.

“Bagaimanapun, untuk pembelian dalam talian, kami sudah tutup kerana penghantaran terakhir dibuat esok,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Hairoll memberitahu, sambutan yang diterima kali ini cukup baik dan bercadang akan mengadakan promosi untuk menarik lebih ramai pembeli.

Katanya, pembeli juga tidak perlu bimbang kerana harga yang dijual masih sama iaitu bermula RM10.

“Harga pula bergantung kepada perisa kek dan saiz. Bagi satu acuan kek, ia dijual pada harga RM50 ke RM100.

“Kesemua kek yang dihasilkan juga berkualiti tinggi kerana menggunakan bahan-bahan terbaik bagi mengekalkan keenakan setiap kek yang dihasilkan,” ujarnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini