KUANTAN 6 Jun – Dua lelaki maut setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Pekan Nenasi-Kampung Baharu di Pekan dekat sini hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7 pagi.
Katanya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat berhubung kejadian itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sampai di lokasi, terdapat kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah van jenis Vennet dan sebuah kereta Proton Saga FLX.
“Terdapat mangsa tersepit dan anggota terlibat menggunakan peralatan keselamatan bagi mengeluarkan mangsa. Dua mangsa tersepit dan telah disahkan meninggal dunia,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











