Usah bimbang dengan Tommy - Utusan Malaysia

Usah bimbang dengan Tommy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Jun – Semua pihak diingatkan agar tidak perlu bimbang dengan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara memandangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkuasa untuk menjamin hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

AHMAD ZAHARUDDIN SANI AHMAD SABRI
AHMAD ZAHARUDDIN SANI AHMAD SABRI

Pengarah Institut Pemikiran Dr. Mahathir (IPDM) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, selagi Yang di-Pertuan Agong ada selagi itu paksi agama dan bangsa berada di bawah te­lunjuk baginda.

“Apatah lagi Perlembagaan Persekutuan mengawal empat perkara yang tidak boleh diusik oleh sesiapa pun iaitu, agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan Melayu dan pastinya sistem beraja itu sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Marilah kita rapatkan saf me­nuju Malaysia Baharu, jangan cepat melatah dan jangan cepat menyembur kata fitnah. Bertenang, kalau mahu mengkritik, kritiklah secara membina, jangan pula emosi yang terbina,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, baginda telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, semua pihak harus memberi ruang dan peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk mentadbir negara termasuk dalam isu berkaitan dengan pelantikan Peguam Negara, Tommy Thomas yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Pastinya mereka memerlukan segala kepakaran yang sedia ada, tapi syarat utama ialah mereka yang selari dengan nada yang mereka perjuangkan. Jika mereka gagal, kita boleh mengubah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Me­layu, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahmat berkata, semua pihak menyanjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan de­ngan perkenan baginda terhadap pelantikan Peguam Negara itu.

“Bagaimanapun, semua pihak seharusnya lihat Perlembagaan Persekutuan ini bukan sekadar ayat, kita kena kaji sejarah, adat istiadat Melayu dan sensitiviti majoriti rakyat yang beragama Islam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini