RAI. Seramai 80 orang anak-anak yatim dan ibu tunggal diraikan pada satu majlis berbuka puasa di Hotel Impiana, Ipoh baru-baru ini.
Kesemua mereka terdiri daripada 50 anak-anak yatim daripada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam, Gunung Rapat dan ibu tunggal yang tinggal di sekitar Ipoh.
Program yang kali kelima diadakan itu merupakan anjuran bersama Persatuan Pegawai Kanan (Paduan) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Yayasan Abu Bakar dengan kerjasama Hotel Impiana dan pasar raya Econsave Jelapang.
Anak-anak yatim tersebut masing-masing menerima sumbangan sebuah beg sekolah, beg silang dan set kelengkapan alat tulis.
Hadir dalam majlis itu Presiden Paduan MBI, Zulqarnain Mohamad dan Pengurus Cawangan Econsave Jelapang, Mohamad Shahazudin Manaf.











