Oppo R15 Pro gaya, kreativiti tanpa batas - Utusan Malaysia

Oppo R15 Pro gaya, kreativiti tanpa batas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENJADI jenama telefon pintar yang disegani ramai, Oppo kini membuat kemunculan Oppo R15 Pro.

Oppo terkenal dengan spesifikasi istimewa terutamanya kamera yang berkualiti tinggi dan reka bentuk bergaya.

Justeru, Oppo R15 Pro menggabungkan keistimewaan jenama itu bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oppo Malaysia sentiasa memberi tumpuan kepada apa yang dikehendaki oleh golongan muda dan sentiasa mengikuti trend terbaharu yang muncul di seluruh dunia.

Dengan harga RM2,399 pengguna juga boleh membuat tempahan atas talian di laman rasmi Oppo serta e-dagang rasmi seperti Shopee, Lazada dan 11Street Malaysia.

Sebagai jenama telefon pintar yang semakin popular dalam kalangan generasi muda, Oppo mengambil kira cita rasa mereka dalam fesyen dan gaya untuk menghasilkan reka bentuk produk dengan tarikan yang menakjubkan.

Pada kali ini Oppo bekerjasama dengan pereka terkenal antarabangsa Karim Rashid untuk mencipta dua warna bergaya bagi Oppo R15 Pro iaitu ungu kosmos dan merah delima dicipta menggunakan bingkai aluminium dengan kaca lebih telus dalam reka bentuk kecerunan baharu bagi membolehkan cahaya dan bayangan memainkan warna sambil mencipta idea kreatif tidak terbatas.

Reka bentuk warna Oppo R15 Pro ini mencerminkan kedua-dua rekaan dan pandangan Oppo mengenai apakah yang menjadi tarikan estetika kepada pengguna generasi muda di seluruh dunia.

Satu lagi peningkatan ciri reka bentuk yang menonjol dalam model ini ialah Super Full Screen.

Oppo R15 Pro menawarkan skrin bezeless 6.28 inci dengan resolusi 2,280×1,080 dan nisbah aspek 19:9, nisbah skrin ke badan yang sangat tinggi.

Skrin

Super Full Skrin Oppo dipertingkatkan dengan fungsi pelbagai tugasan yang disesuaikan dan pengoptimuman sistem berdasarkan ColorOS 5.0.

Bingkai kiri dan kanan yang sempit boleh memberikan pintasan notifikasi mudah kepada pelbagai fungsi dan aplikasi pihak ketiga.

Operasi gerak isyarat dan pelbagai tugasan skrin penuh, Oppo R15 Pro menawarkan pengalaman skrin yang tiada tolok bandingnya.

Oppo R15 Pro bukan hanya direka khusus dengan kamera hadapan dan belakang yang berkuasa tetapi penampilan bergaya serta estetik.

Legasi fotografi Oppo yang hebat juga dipertingkatkan lagi dalam Oppo R15 Pro.

Ia meningkatkan had kelestarian fotografinya dengan memaparkan bukan sahaja dwikamera belakang 16MP+20MP tetapi bersama-sama dengan pengenalan senario yang dinaik taraf berdasarkan teknologi AI yang dipertingkatkan.

Namun, R15 Pro juga menjadi telefon pintar pertama untuk mengadopsi sensor Sony IMX519 bagi menghasilkan kesan medan kedalaman yang luar biasa.

Sementara itu, Oppo R15 Pro boleh mengumpulkan 296 titik ciri wajah manusia dengan tepat dan menyokong pelbagai ciri kamera seperti Teknologi Kecantikan AI dan Pelekat AR.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini