Jururawat maut kereta bertembung trak tunda - Utusan Malaysia

Jururawat maut kereta bertembung trak tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL 5 Jun – Seorang jururawat terbunuh selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah trak tunda di Jalan Hutan Petai ekat Simpang Ampat, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Munirah Abdullah, 30, yang bertugas di Hospital Bukit Mertajam (HBM) maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada dan muka.

Dia yang memandu kereta jenis Proton Persona dipercayai baharu pulang dari tempat kerja menuju ke rumahnya di Tasek Mutiara sebelum hilang kawalan dan merempuh trak tunda yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintenden Shafee Abdul Samad berkata, lokasi kejadian adalah jalan lurus dua hala dan lalu lintas tidak sibuk.

“Mangsa dipercayai gagal mengawal kereta dipandunya lalu terbabas ke laluan sebelah sebelum bertembung dengan trak tunda itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

” Mayat mangsa yang berasal dari Kubang Semang itu dihantar ke HBM untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, pihak polis memaohon saksi kejadian agar tampil membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini