53 aduan berkaitan GST diterima PPDNKK P. Pinang - Utusan Malaysia

53 aduan berkaitan GST diterima PPDNKK P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 5 Jun – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang menerima 53 aduan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak ia diubah kepada sifar peratus bermula 1 Jun lalu.

Daripada jumlah itu, Pengarah PPDNKK negeri Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, sebanyak 11 aduan telah diselesaikan manakala 42 lagi masih dalam siasatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014.

Menurutnya, sejak pelaksanaan Op Catut 4.0 dilaksanakan sejak 25 Mei lalu, pihaknya telah memeriksa 859 premis di seluruh negeri melibatkan 25,770 barangan pengguna.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang tahun ini daripada 1 Januari hingga semalam, sebanyak 115 kes di bawah akta sama telah diambil tindakan dengan baki hanya 3 kes yang sedang dalam siasatan.

“Pihak PPDNKK akan mengenakan hukuman berat kepada mereka yang didapati bersalah dengan denda RM100, 000 atau tiga tahun penjara untuk kesalahan pertama manakala RM250, 000 untuk kesalahan kedua,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pasar raya besar Mydin, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini