Tun Zaki mahu peraturan pembabitan penjawat awam dalam politik dipinda - Utusan Malaysia

Tun Zaki mahu peraturan pembabitan penjawat awam dalam politik dipinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mahu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dipinda bagi memperketatkan peraturan berhubung  pembabitan penjawat  awam dan kakitangan badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam politik.

Katanya, pada ketika ini penjawat awam tidak benar-benar dilarang daripada menyertai parti politik dengan mereka yang berada di bawah pangkat tertentu dibenarkan memegang jawatan sehingga ke tahap tertentu manakala tidak bagi yang berada di atas jawatan tertentu.

Tambahnya, tanggungjawab untuk tidak menyertai politik tidak juga diaplikasikan kepada mereka yang berada di dalam GLC dan dengan kebebasan ini sering mendorong kakitangan di GLC untuk mengambil bahagian  secara tidak langsung dalam politik yang berat sebelah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ingin mencadangkan agar semua penjawat awam dilarang malah untuk mendaftar sebagai anggota mana-mana parti politik. Jika dia ingin berbuat demikian, dia harus meletak jawatan sebagai penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaki mengulas laporan media baru-baru ini mengenai teguran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap pegawai kanan kerajaan yang terlalu ghairah menyokong bekas kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum  lepas. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini