265,149 peminjam PTPTN telah dikeluarkan senarai hitam - Utusan Malaysia

265,149 peminjam PTPTN telah dikeluarkan senarai hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Jun – Sebanyak 265,149 nama daripada 433,708 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen sehingga 4 Jun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, baki daripada jumlah peminjam berkenaan sebanyak 168,289 nama dijangka dapat dikeluarkan dari sistem senarai hitam pada 15 Jun ini.

“Kemudahan pelepasan sekatan keluar negara bagi peminjam ini terpakai kepada peminjam yang nama mereka masih di dalam sistem, di mana semua pintu masuk negara seluruh negara telah dimaklumkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Manakala bagi individu yang disenaraihitam oleh Lembaga Hasil Dalam Hasil (LHDN) pula mereka dibenarkan dikeluarkan negara tanpa sekatan bermula 1 Jun 2018 selaras dengan surat arahan agensi yang diterima Jabatan Imigresen pada tarikh sama,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, sebuah jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi mengkaji pengurusan pekerja asing serta masalah lambakannya di negara ini.

Katanya, jawatankuasa yang bertanggungjawab menilai semua prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang sedia ada itu akan turut mengkaji masalah pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sementara itu, ditanya mengenai status Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang melarikan diri daripada pihak berkuasa, Muhyiddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan kerajaan Indonesia bagi memburu individu berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini