Rosmah hadir beri keterangan di Ibu Pejabat SPRM - Utusan Malaysia

Rosmah hadir beri keterangan di Ibu Pejabat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11.44 pagi tadi bagi membantu siasatan berkaitan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn. Bhd.

Beliau tiba dengan menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak dengan nombor pendaftaran WQF11. 

Turut kelihatan bersama dengan Rosmah ialah anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessikbayev. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Rosmah turut ditemani peguamnya, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Beliau kelihatan memakai baju kurung berwarna biru dipadankan dengan selendang merah dan memegang beg berwarna merah. 

Pada 1 Jun lalu, SPRM telah menyerahkan notis memerintah kehadiran kepada Rosmah bagi membantu siasatan berkaitan kes tersebut. 

Notis berkenaan diserahkan oleh pegawai SPRM yang mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini