Lantik segera Pengerusi Felda - Utusan Malaysia

Lantik segera Pengerusi Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB 4 Jun – Kerajaan diminta menyegerakan pelantikan Pengerusi Felda yang baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang meletak jawatan dalam organisasi tersebut pada 14 Mei lalu.

Exco Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), Ahmad Zaman Huri Zainon berkata, khidmat seorang pengerusi amat diperlukan ba­-
gi membantu me­lancarkan urusan pentadbiran agensi Felda termasuk untuk mengendalikan mesyuarat-mesyua­rat penting.

“Ketiadaan seorang pengerusi boleh menyebabkan banyak tadbir urus Felda terbantut termasuk keputusan pemberian insentif hari raya berikutan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah untuk kelulusan tidak dapat dibuat,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pre­siden Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, Pengerusi Felda yang mahu dilantik sewajarnya dalam kalangan generasi baharu tanah rancangan itu yang ramai daripada mereka berkebolehan dan berbakat besar untuk mentadbir organisasi berkenaan.

“Pengerusi Felda perlu dilantik segera berikutan banyak urusan di Ibu pejabat Felda tertangguh yang menyukarkan pelaksana dasar untuk membuat keputusan pentadbiran.

“Kami menaruh keyakinan kepada kebijaksanaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memastikan kelancaran pentadbiran Felda,” katanya.

Aktivis generasi baharu Felda, Rosli Kasim, 48, dari Felda Sebertak, Bera dekat sini pula berkata, ramai warga Felda yang layak dan boleh mengisi jawatan penting dalam organi­sasi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×