PERJALANAN ke sebuah kedai menjual pakaian di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada petang itu dirasakannya sangat jauh.
Walaupun jaraknya tidak sampai 50 meter dari tapak meletak kenderaan, Najihah Azman, 26, terpaksa beberapa kali berhenti di tepi jalan agar nyilu di bahagian tapak kaki dan tumitnya beransur hilang.
Eksekutif projek di sebuah syarikat swasta itu kerap mengalami sakit kaki sejak bekerja empat tahun lalu.
“Sewaktu belajar, saya memang pernah mengalami sakit kaki, namun tidak selalu. Mungkin kerana pada waktu itu, saya sering memakai sandal.
“Kini, tuntutan kerja memerlukan saya memakai pakaian korporat dan kasut bertumit tinggi hampir setiap hari. Mungkin disebabkan itu, tumit dan tapak kaki kerap sakit sehingga mengganggu kelancaran aktiviti harian saya,” tuturnya.
Menurut Pakar Perubatan Pemulihan Kaki, Datuk Dr. Zaliha Omar, terdapat ribuan orang dari pelbagai peringkat umur di Malaysia terjejas akibat kesakitan di bahagian kaki.
Antara punca kepada masalah tersebut adalah pemilihan kasut yang salah dan tidak sesuai dengan anatomi kaki.
“Kaki adalah antara bahagian tubuh yang cukup ajaib. Hanya menggunakan sepasang kaki yang kecil, tubuh badan ditampung, sekali gus membolehkan manusia berdiri, berjalan, berlari dan melakukan pelbagai aktiviti.
“Kasut pula sepatutnya dicipta untuk menampung kaki, sekali gus membantu kaki menjalankan fungsinya ke atas manusia. Namun, masalahnya ialah tidak ramai yang menitikberatkan hal pemilihan kasut dan hanya melihatnya sekadar pelengkap gaya semata-mata,” terangnya ketika ditemui di cawangan Medifeet Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Ciri
Menjelaskan lebih lanjut mengenai ciri-ciri kasut yang baik, Zaliha menyifatkan ia seharusnya tidak menjejaskan mana-mana fungsi 26 tulang yang terdapat pada kaki.
Kasut yang baik perlu mempunyai kriteria seperti permukaan tapak yang luas dan lebar agar ia menyokong tapak kaki yang bertindak menampung berat badan seseorang.
“Kasut juga perlu mempunyai hujung yang selesa dan tidak terlalu sempit bagi mengelakkan tulang jari berkumpul, sekali gus menyebabkan posisi tulang mula berubah.
“Paling penting, dapatkan kasut yang dicipta mempunyai kusyen pelapik yang melantun agar tendon achilles yang bertindak sebagai penahan kaki setiap kali kaki melompat dan berlari dapat distabilkan sekali gus mengelak tekanan pada kaki yang menyebabkannya sakit,” kongsinya.
Justeru, beliau mencadangkan agar orang ramai memakai kasut berkualiti jenama Medifeet yang disifatkan sebagai memenuhi ciri-ciri sepatu yang baik untuk kaki dan tubuh badan.
Kasut keluaran syarikat tersebut sangat berbaloi untuk dimiliki dengan kebaikan yang diberikan untuk kaki si pemakai.
“Hasil pemerhatian saya, kesemua sepatu Medifeet terdiri daripada material yang baik untuk kulit kaki, pegangan tumit yang kukuh, tapaknya lebar dan luas serta ia juga mempunyai hujung kasut yang menyokong otot tulang untuk berkembang dengan baik.
“Justeru, jika sayangkan kaki dan tubuh anda, hentikan sikap memakai kasut sekadar untuk cantik. Boleh bergaya dengan kasut tinggi dan sebagainya tapi pastikan ia tidak dipakai dalam jangka masa yang lama,” serunya.
Versatil
Sementara itu, salah seorang pereka kasut Medifeet, Rehana Yasmin Zaila berkata, pihaknya sentiasa menitikberatkan mengenai rekaan kasut yang baik untuk anatomi kaki manusia.
“Kami menyedari mengenai perkembangan fesyen di Malaysia. Disebabkan itu, walaupun menjanjikan kasut yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan, kami juga mementingkan bentuk dan rekaan kasut yang versatil digayakan oleh semua orang.
“Medifeet turut menawarkan varian kasut seperti kasut kerja, sandal, malah kasut tinggi yang cantik tetapi kami pastikan ia dilengkapi ciri-ciri yang baik untuk kaki anda. Pilih Medifeet dan anda dapat menikmati manfaat kesihatan serta kasut yang sesuai dengan gaya masa kini,” ujarnya.
Medifeet juga merupakan satu-satunya jenama kasut yang mengeluarkan kasut khas untuk pesakit diabetes. Koleksi Kasut Diabetik dengan tujuh rekaan ini dicipta khas untuk membantu pesakit diabetes yang berdepan masalah kurang deria rangsangan pada kaki.
Dilengkapi dengan teknologi penyerap hentakan, antifungus dan pelindung luka, koleksi ini boleh didapati di semua rangkaian Medifeet di seluruh negara pada harga antara RM289 hingga RM359.











