Orang Melayu tidak tolak UMNO - Utusan Malaysia

Orang Melayu tidak tolak UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, APABILA Barisan Nasional (BN) dan UMNO kecundang dalam PRU-14, kita kena terima hakikat ini dan jangan mudah berputus asa.

Anggaplah ia sebagai dugaan dan mungkin sebagai balasan kerana kesilapan demi kesilapan yang kita lakukan selama ini tanpa disedari atau pun tidak.

Apa pun alasannya, sebenarnya orang Melayu tidak menolak UMNO, malah masih sayang lagi parti yang menjadi kebanggaan orang-orang Melayu selama ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kepada ahli-ahli UMNO dan pucuk pimpinannya serta komponen parti MCA, Geakan dan MIC jangan mudah melatah dan berputus asa dengan keluar parti masing-masing seolah-olah tiada masa depan lagi.

Nasihat saya, untuk bangkit kita perlulah mengubah cara berfikir dan jangan terlalu ikutkan emosi. Satu lagi pesanan saya ialah tukarkan pemimpin yang agak tidak bagus dan gantikan dengan mereka yang disenangi rakyat. Mulakan cara kehidupan baharu di dalam parti supaya dapat kembali memikatkan hati rakyat.

PEMERHATI UMNO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini