JPJ tawarkan nombor pendaftaran 'Malaysia' - Utusan Malaysia

JPJ tawarkan nombor pendaftaran ‘Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 4 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka tawaran untuk siri nombor pendaftaran ‘Malaysia’ bermula dari 2 Julai ini selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ‘Sayangi Malaysiaku’.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tawaran bidaan untuk nombor pendaftaran istimewa ini melibatkan 10,000 siri bermula dari Malaysia 1 sehingga Malaysia 9999.

“Bidaan ini akan dibuka kepada orang awam mulai 2 Julai 2018 sehingga tarikh tutup 16 Julai 2018 dan keputusan tawaran bidaan akan diumumkan pada 23 Ogos 2018,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujar beliau, tawaran bidaan nombor khas itu dijangka dapat memberi hasil lebih RM22 juta kepada kerajaaan berdasarkan kejayaan nombor pendaftaran indeks siri ‘V’ dan ‘F’ masing-masing merekodkan hasil RM22.48 juta dan RM17.55 juta.

Katanya, mana-mana individu termasuk Menteri yang berkehendakkan nombor pendaftaran ‘Malaysia’ perlu membuat bidaan kecuali Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan diberi pengecualian untuk nombor pendaftaran ‘Malaysia 2020’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini