Mengejar malam Lailatul Qadar - Utusan Malaysia

Mengejar malam Lailatul Qadar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMAT islam di seluruh dunia telah menjalani ibadat berpuasa wajib sejak Mei lalu. Tanpa disedari, tidak lama lagi, kita akan menyambut 1 Syawal.

Sebelum itu, eloklah kita mengingatkan sesama kita agar bersama-sama mengejar manfaat dan keberkatan bulan yang mulia ini.

Sekurang-kurangnya bersedekah RM1 setiap malam, Sekiranya malam tersebut malam Lailatul Qadar, bermakna ganjaran seolah-olah kita bersedekah selama 84 tahun berturut-turut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Biasakan diri mendirikan solat sunat dua rakaat setiap malam, bermakna kita umpama solat setiap hari selama 84 tahun. Selain membuat amalan sunat yang lain, amalkan bacaan surah al-Ikhlas tiga kali setiap malam.

Jika jatuh pada malam Lailatul Qadar, bermakna kita telah membaca al-Quran setiap hari selama 84 tahun. Semoga tip-tip ini bermanfaat dan dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT dan beriman kepada Nabi Muhammad SAW.

MENCARI REDHA ALLAH

Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini