Parti populis Itali bentuk kerajaan - Utusan Malaysia

Parti populis Itali bentuk kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME 1 Jun – Parti-parti populis Itali hari ini mencapai persetujuan bagi pembentukan kerajaan gabungan sekali gus mengelak daripada berlakunya snap election atau pilihan raya mengejut.

GIUSEPPE CONTE

Semalam, Presiden Sergio Mattarella menyerahkan mandat buat kali kedua kepada Giuseppe Conte yang dipilih oleh parti-parti populis sebagai Perdana Menteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Itali mengalami ketidaktentuan politik hampir tiga bulan selepas pilihan raya pada Mac lalu yang tidak menghasilkan keputusan muktamad menyebabkan pasaran kewangan goyah dan rasa kurang selesa dalam kalangan rakan dagangan Eropah.

Conte yang merupakan bekas peguam dan muka baharu dalam politik telah mengumumkan pemilihan anggota Kabinet selepas bermesyuarat dengan Mattarella.

Pemimpin Parti Liga berhaluan kanan, Matteo Salvini dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri manakala pemimpin Five Star Movement, Luigi Di Maio menjadi Menteri Pembangunan Ekonomi.

Paolo Savona, pakar ekonomi euroskeptik yang pada asalnya dicalonkan sebagai Menteri Ekonomi tetapi ditolak oleh Mattarella telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Eropah.

Jawatan Menteri Ekonomi di­sandang oleh pe­mimpin kurang kontroversi, Giovan­ni Tria yang turut mencadangkan pemotongan cukai manakala Menteri Hal Ehwal Luar dipegang oleh Enzo Moavero Mila­nesi.

Hanya lima daripada 18 menteri merupakan golongan wanita.

Menurut laporan media tempatan, barisan Kabinet populis itu akan berdepan undi percaya dalam ke­dua-dua dewan pada Isnin dan Selasa ini.

“Saya tidak menjanjikan sebarang keajaiban tetapi saya boleh beritahu selepas bulan-bulan pertama perubahan kerajaan ini, saya mahu melihat negara yang kurang cukai dan le­bih keselamatan, pekerjaan tetapi kurang pendatang,” kata Salvini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini