RAWANG 31 Mei – Orang ramai sejak kebelakangan ini seolah-olah tidak sabar untuk melihat kandungan kapsul masa yang ditanam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1994.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kapsul masa itu ditanam bersempena Perasmian Penyempurnaan Lebuhraya Utara- Selatan pada 8 September 1994 dan akan dikeluarkan selepas tamat tempoh Konsesi Lebuhraya Utara-Selatan pada 31 Mei 2018 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang.











