Anwar mengadap Sultan Selangor di Istana Kayangan - Utusan Malaysia

Anwar mengadap Sultan Selangor di Istana Kayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 31 Mei – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertemuan secara tertutup itu diadakan selama hampir sejam setengah dan turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, Anwar Ibrahim tiba di istana berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui sejurus selesai mengadakan pertemuan itu berkata, antara perkara yang dibincangkan ialah tentang calon Menteri Besar Selangor yang akan menggantikan Mohamed Azmin.

“Kita ada bicang soal itu (calon Menteri Besar) dan ia hampir selesai. Senarai calon terlalu ramai, puluhan.

“Kita buka senarai calon ini kepada semua parti, tapi dalam soal ini Menteri Besar mestilah daripada parti mempunyai majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu PKR,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan Istana Bukit Kayangan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN