Lelaki kurang siuman maut bergelut dengan tiga individu - Utusan Malaysia

Lelaki kurang siuman maut bergelut dengan tiga individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Seorang lelaki berusia 53 tahun jatuh pengsan lalu maut selepas bergelut dengan tiga individu di tempat letak kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Perkasa, di sini semalam.

Pergelutan itu berlaku apabila mangsa yang didakwa kurang siuman cuba menghalang seorang wanita dari memasuki kereta di PPR berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden Muhammad Najib Hamzah berkata, insiden berkenaan disedari suami dan adik beradik wanita terbabit yang cuba membantu lalu mangsa bertindak agresif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihakya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9.30 malam. Siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada muka mangsa dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×