Sarawak harap kerajaan PH teruskan pembangunan di Bumi Kenyalang - Utusan Malaysia

Sarawak harap kerajaan PH teruskan pembangunan di Bumi Kenyalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak meletakkan harapan amat tinggi terhadap kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan pelbagai projek pembangunan bagi manfaat rakyat di negeri ini.

Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud berkata, Sarawak masih memerlukan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek-projek infrastruktur dan kemudahan asas khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, projek mega iaitu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak juga perlu diteruskan dan disiapkan mengikut perancangan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hendaklah dilaksanakan dengan baik dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Sarawak masih memerlukan projek-projek infrastruktur dan kemudahan asas khususnya di kawasan luar bandar yang penempatan penduduknya bertaburan.

“Pembinaan jaringan jalan raya juga perlu diteruskan selain liputan bekalan air dan elektrik diperluaskan,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) ke-18 di sini hari ini.

Abdul Taib menambah, penyediaan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat juga harus dipertingkatkan.

Jelas beliau, kawalan keselamatan turut perlu diperketatkan untuk memastikan rakyat di negeri ini hidup dalam keadaan aman.

“Saya gembira dengan pendekatan mesra kerajaan negeri ini yang bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan dan melaksanakan tanggungjawab dengan membawa pembangunan di Sarawak selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

“Kerjasama erat tanpa mengira parti politik yang memerintah jelas menunjukkan kematangan kepimpinan politik di negara ini,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×