Anwar jalani pembedahan tulang belakang di Turki - Utusan Malaysia

Anwar jalani pembedahan tulang belakang di Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani pembedahan tulang belakang di Turki dan akan menjalani pembedahan lain di bahu kanannya pada Khamis ini.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, Anwar berkata beliau mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan itu bagi memulihkan kesihatannya.

Beliau sebelum ini mengalami ‘lumbar central stenosis’, keadaan di mana saluran tulang belakang sempit sehingga menyebabkan rasa sakit dan kebas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai pemulihan ‘lumbar central stenosis secondary’ dan ‘central disk herniation’ yang saya alami, saya harus menjalani pembedahan tulang belakang susulan di Medipol Mega University Hospital, Istanbul.

“Alhamdulillah, kesihatan beransur baik usai pembedahan tersebut dan saya dijadualkan menjalani satu lagi pembedahan pada hari Khamis di bahagian bahu kanan rentetan kecederaan kaf rotator,” kata beliau hari ini.

Anwar turut memuat naik gambarnya bersama para doktor dan dua anak perempuannya di hospital tersebut.

Beliau dilihat berdiri menggunakan alat sokongan yang dibalut di bahagian bawah badannya dalam gambar tersebut yang dipercayai dirakam selepas pembedahan tersebut.

Anwar sebelum ini dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bulan lalu selepas mengadu sakit bahu dan belakang sekembalinya dari lawatan ke Turki.

Pemeriksaan koronari angiogram telah dijalankan ke atas beliau sewaktu di PPUM bagi menentukan tahap dan keperluan untuk menjalani pembedahan tulang belakang dan bahu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×