Lebih banyak dasar PH mungkin diubah - Utusan Malaysia

Lebih banyak dasar PH mungkin diubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP 30 Jun – Penawaran khas kemasukan 1,000 pelajar Cina ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan dilihat sebagai perubahan dasar yang dilakukan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar selaras gagasan Malaysia Baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

MAHDZIR KHALID

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Kerajaan PH dijangka tidak dapat mengelak daripada memper­kenalkan lebih banyak dasar yang selaras de­ngan perjuangan parti komponennya, DAP.

“Saya kira bahawa dalam suasana PH yang menjadi Kerajaan Persekutuan sudah hampir dua bulan ini, mereka mempunyai agenda sesuai dengan dasar Malaysia Baharu yang diketengahkan salah satu parti. Yang disebut Malaysia Baharu dalam konteks apa yang diperjuangkan DAP.

“Jadi saya nampak, lebih banyak dasar yang akan diketengahkan nanti, mereka tidak dapat mengelak daripada apa diperjuangkan parti komponen mereka iaitu DAP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman kerajaan berhubung penawaran khas kemasukan ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan kepada 1,000 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kaum Cina daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN